CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

kasih sayang .


Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai KASIH SAYANG .

PELAJAR : cikgu , macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang ?macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan ?
CIKGU : ok , kamu ikut apa yang cikgu suruh . kamu pergi padang , kamu berjalan di atas rumput sambil sambil memandang rumput . kamu pilih yang paling cantik tanpa menoleh belakang . dah petik rumput ya PALING CANTIK , kamu bawa ke kelas .

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya .

CIKGU : Kenapa tiada rumput yang dipilih ?
PELAJAR : tadi masa saya berjalan , saya carilah rumput yang paling cantik . memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING CANTIK , maka saya pun terus berjalan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang . tapi sampai penghujung padang , saya tak jumpa pun rumput yang paling cantik . mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik , tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh belakang , jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik .
CIKGU : ya , itulah jawapannya . maknaya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang , janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu . kita patut hargai orang yang berada didepan kita , sebaik-baiknya janganlah kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku dah berlaku . semoga yang berlalu tidak berulang lagi. dan ingatlah orang yang paling kita sayang . itulah yang paling cantik dan paling baik . walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi .




NUKILAN SUKASUKA <3

terima kasih sebab sudi baca Entry zera ! ^^"

0 comments: